Pesta Laut Pangkor Muncul Gantikan Pesta Laut Lumut

Written by on December 12, 2011 in Events, News with 1 Comment

Setelah hampir 20 tahun menghilang, Pesta Laut Lumut yang begitu terkenal satu ketika dahulu kini muncul kembali dengan menjanjikan pelbagai acara menarik untuk para pengunjung.

Kini dikenali dengan nama Pesta Laut Pangkor, pesta itu berlansung selama 3 hari di Dataran Lumut mula membuka tirai kepada pengunjung setelah dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir malam tadi.

Perasmian Pesta Laut Pangkor itu juga merupakan permulaan acara dalam mempersiapkan diri menyambut Tahun Melawat Perak 2012.

Menteri Besar berkata pesta itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan mencapai sasaran 5 juta pelancong sempena TMP.

Katanya pesta ini juga mampu mengembalikan nostalgia Pesta Laut Lumut yang begitu terkenal sekitar tahun 1980-an dahulu.

“Buat julung kalinya, pesta laut ini diadakan selepas beberapa belas tahun yang lalu..walaupun suasananya berbeza sama sekali, tetapi ini dapat mengembalikan nostalgia pesta laut yang pernah berlangsung dahulu..

“Ini secara tidak langsung dapat melahirkan keakraban dan penyatuan setiap kaum
yang menyertai aktiviti yang dijalankan seperti tiang licin, bot laju, dan sebagainya,” kata Menteri Besar dalam ucapannya semasa merasmikan Pesta Laut Pangkor semalam.

Pesta yang berlangsung selama 3 hari menawarkan beberapa aktiviti laut termasuk
gerai-gerai pameran agensi kerajaan termasuk Tourism Perak sebagai aktiviti
julung menghadapi TMP 2012.

Terdahulu, Exco Perlancongan, Datuk Hamidah Osman berkata Kerajaan Negeri telah pun merencanakan bersama Pesta Air Malaysia dalam usaha mengangkat Pesta Laut
Pangkor sebagai program kebangsaan.

“Promosi giat ini dijalankan bagi memperomosikan Perak sebagai tempat pelancongan yang mesti dilawati di peringkat Malaysia.

“Saya percaya, jika purata pelancong yang akan datang ke Lumut, Pangkor sebanyak 1.5 Juta setiap tahun, tetapi pada tahun hadapan, saya mensasarkan bilangan pelancong yang datang ke Lumut meningkat menjadi 2.5 juta pelancong dan pelawat tempatan, “ katanya.

-peraknews

Related posts:

Tags: , , , , , , , , ,

Subscribe

If you enjoyed this article, subscribe now to receive more just like it.

Subscribe via RSS Feed

1 Reader Comment

Trackback URL Comments RSS Feed

  1. TOKI Manjung says:

    JMFR’12 akan turut memeriahkan suasana dengan 483 riders akan kayoh melalui pekan LUMUT pada 29 April 2012 ini antara jam 1 hingga 2 ptg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top