Menara Condong Teluk Intan – Gamit Pelancong Dengan Wajah Baru 2012

Written by on October 25, 2011 in Attractions, Heritage with 0 Comments

Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Menara Jam Tinggi yang dibina pada 1885 menyimpan seribu satu kenangan dan kini ianya semakin dipelihara sebagai sebuah produk perlancongan.

Jabatan Pelancongan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM600,000.00 yang dibahagikan kepada tiga projek penyelenggaraan dan naiktaraf iaitu Menara Condong Teluk Intan, tempat letak kereta di kawasan rehat dan rawat (R&R) Batu 5, Teluk Intan dan menaiktaraf sistem pencahayaan di River Front.

Exco Pelancongan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman berkata kerja-kerja penyelenggaraan ini merangkumi pembaikan struktur lantai, penyangga, siling bumbung dan ‘louvres’. Di samping itu kerja-kerja mengecat dinding, kayu, lantai dan tangga akan dilakukan bagi mengembalikan kecantikan dan keunikan menara tersebut.

“Tujuan asal Menara Condong Teluk Intan dibina adalah untuk dijadikan tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak.

Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.

“Sesuai dengan usianya yang menjangkau lebih seabad, bangunan bersejarah ini telah melalui pelbagai peristiwa antaranya pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.

Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut di samping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air dan ini telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.

Menurut Hamidah selepas kerja menaiktaraf ini selesai pada awal Disember tahun ini, beliau berharap ia akan menaikkan imej Bandar Teluk Intan dan menarik minat pelancong sempena tahun melawat Perak 2012.

“Saya percaya menara ini akan lebih mendapat tumpuan pelancong terutamanya pelancong dari luar negara kerana mereka ingin menyaksikan sendiri rekabentuk menara dan struktur pembinaannya yang unik”, katanya.

-Peraknews

Related posts:

Subscribe

If you enjoyed this article, subscribe now to receive more just like it.

Subscribe via RSS Feed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top